Monday, July 20, 2009

The Top 10 Languages Spoken in the World

10. French - Number of speakers: 129 million
Often called the most romantic language in the world, French is spoken in tons of countries, including Belgium, Canada, Rwanda, Cameroon, and Haiti. Oh, and France too. We're actually very lucky that French is so popular, because without it, we might have been stuck with Dutch Toast, Dutch Fries, and Dutch kissing (ew!).
To say "hello" in French, say "Bonjour" (bone-JOOR).
9. Malay-Indonesian - Number of speakers: 159 million
Malay-Indonesian is spoken - surprise - in Malaysia and Indonesia. Actually, we kinda fudged the numbers on this one because there are many dialects of Malay, the most popular of which is Indonesian. But they're all pretty much based on the same root language, which makes it the ninth most-spoken in the world. Indonesia is a fascinating place; a nation made up of over 13,000 islands it is the sixth most populated country in the world. Malaysia borders on two of the larger parts of Indonesia (including the island of Borneo), and is mostly known for its capital city of Kuala Lumpur.
8. Portuguese - Number of speakers: 191 million
Think of Portuguese as the little language that could. In the 12th Century, Portugal won its independence from Spain and expanded all over the world with the help of its famous explorers like Vasco da Gama and Prince Henry the Navigator. (Good thing Henry became a navigator. Could you imagine if a guy named "Prince Henry the Navigator" became a florist?) Because Portugal got in so early on the exploring game, the language established itself all over the world, especially in Brazil (where it's the national language), Macau, Angola, Venezuela, and Mozambique.
To say "hello" in Portuguese, say "Bom dia" (bohn DEE-ah).
7. Bengali - Number of speakers: 211 million
In Bangladesh, a country of 120+ million people, just about everybody speaks Bengali. And because Bangladesh is virtually surrounded by India (where the population is growing so fast, just breathing the air can get you pregnant), the number of Bengali speakers in the world is much higher than most people would expect.
To say "hello" in Bengali, say "Ei Je" (EYE-jay).
6. Arabic - Number of speakers: 246 million
Arabic, one of the world's oldest languages, is spoken in the Middle East, with speakers found in countries such as Saudi Arabia, Kuwait, Iraq, Syria, Jordan, Lebanon, and Egypt. Furthermore, because Arabic is the language of the Koran, millions of Moslems in other countries speak Arabic as well. So many people have a working knowledge of Arabic, in fact, that in 1974 it was made the sixth official language of the United Nations.
To say "hello" in Arabic, say "As salammu a'alaykum"
(Ahl sah-LAHM ah ah-LAY-koom).

5. Russian - Number of speakers: 277 million
Mikhail Gorbachev, Boris Yeltsin, and Yakov Smirnoff are among the millions of Russian speakers out there. Sure, we used to think of them as our Commie enemies. Now we think of them as our Commie friends. One of the six languages in the UN, Russian is spoken not only in the Mother Country, but also in Belarus, Kazakhstan, and the U.S. (to name just a few places).
To say "hello" in Russian, say "Zdravstvuite" (ZDRAST-vet- yah).
4. Spanish - Number of speakers: 392 million
Aside from all of those kids who take it in high school, Spanish is spoken in just about every South American and Central American country, not to mention Spain, Cuba, and the U.S. There is a particular interest in Spanish in the U.S., as many English words are borrowed from the language, including: tornado, bonanza, patio, quesadilla, enchilada, and taco grande supreme.
To say "hello" in Spanish, say "Hola" (OH-la).
3. Hindustani - Number of speakers: 497 million
Hindustani is the primary language of India's crowded population, and it encompasses a huge number of dialects (of which the most commonly spoken is Hindi). While many predict that the population of India will soon surpass that of China, the prominence of English in India prevents Hindustani from surpassing the most popular language in the world. If you're interested in learning a little Hindi, there's a very easy way: rent an Indian movie. The film industry in India is the most prolific in the world, making thousands of action/romance/musicals every year.
To say "hello" in Hindustani, say "Namaste" (Nah-MAH-stay).
2. English - Number of speakers: 508 million
While English doesn't have the most speakers, it is the official language of more countries than any other language. Its speakers hail from all around the world, including the U.S., Australia, England, Zimbabwe, the Caribbean, Hong Kong, South Africa, and Canada. We'd tell you more about English, but you probably feel pretty comfortable with the language already. Let's just move on to the most popular language in the world.
To say "hello" in English, say "What's up, freak?" (watz-UP-freek).
1. Mandarin - Number of speakers: 1 billion+
Surprise, surprise, the most widely spoken language on the planet is based in the most populated country on the planet, China. Beating second-place English by a 2 to 1 ratio, but don't let that lull you into thinking that Mandarin is easy to learn. Speaking Mandarin can be really tough, because each word can be pronounced in four ways (or "tones"), and a beginner will invariably have trouble distinguishing one tone from another. But if over a billion people could do it, so could you. Try saying hello!
To say "hello" in Mandarin, say "Ni hao" (Nee HaOW). ("Hao" is pronounced as one syllable, but the tone requires that you let your voice drop midway, and then raise it again at the end.)
(^_^)

KeAgungAn ALLAH


LOS ANGELES - Sekumpulan saintis cuba menyelesaikan misteri yang berusia 50 tahun terhadap seekor ikan ganjil yang mempunyai dua mata di hadapan kepalanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan itu turut mempunyai bahagian kepala yang lut sinar dan hidup di dasar laut dalam.
Ahli-ahli biologi di Institut Akuarium Teluk Monterey, California di Amerika Syarikat (AS) menggunakan video untuk mengkaji pergerakan mata ikan ganjil itu.
Pada kebiasaannya ikan mempunyai mata di sisi badan sekali gus mampu melihat apa yang berlaku di sekeliling kawasan haiwan itu.Ikan ganjil itu mempunyai mata di depan kepala sama seperti manusia.Namun, saintis-saintis itu mendapati mata ikan tersebut boleh bergerak ke dalam bahagian lut sinar di kepalanya bagi membantunya mengesan pencari mangsa dan makanan.

Sunday, July 12, 2009

Apa yang perempuan fikirkan yang perlu lelaki tahu

  1. Setiap kali dia call tapi panggilanya terputus, dia mungkin tidak akan menghubungi kamu kembali. Tetapi percayalah,sebenarnya dia masih berada disisi telefon Dan mengharapkan kamu menghubunginya semula sbg bukti kamu belum puas mendengar suaranya..
  2. sekiranya dia memberitahu kamu dia amat rindukan kamu,itu bermakna dia amat mengharapkan kamu berada disisinya kala itu..
  3. dia mungkin akan berkata 'tidak' setiap kali kamu mempelawa untuk membelikan hadiah untuknya. tapi jauh di sudut hati,dia amat berharap hadiah itu menjadi miliknya..
  4. setiap kali dia merajuk,sebenarnya dia hanya mengharapkan kamu bersungguh-sungguh memujuknya..
  5. perempuan biasanya ingin selalu diberi perhatian..
  6. jangan sesekali melebihkan kawan kamu daripada dirinya!
  7. dia akan cepat berkecil hati sekiranya kamu asyik mempersoalkan fizikalnya. Jangan sesekali membuat dia berasa begitu rendah diri apabila berada disisi kamu!
  8. Dia mungkin mempunyai ramai lelaki lain dalam hidupnya. Dan dia mungkin akan selalu membandingkan kamu dengan mereka. Tetapi percayalah,cintanya tak pernah berubah terhadap kamu. Dia hanya kamu mengubah sikap buruk kamu kerana sayangkan kamu. Namun begitu,itu bukanlah alasan untuk kamu mengambil mudah pada hubungan kamu dengan dia.
  9. Sikap ambil beratnya kadang-kadang merimaskan kamu. Percayalah, sekiranya seorang perempuan itu tidak mengambil berat tentang dirimu, dia sebenarnya langsung tidak punya perasaan terhadap kamu!
  10. Perempuan lebih suka memikirkan masa depan. Oleh itu, kamu harus paham sekiranya dia begitu memilih dan cerewet dalam segala segi.
  11. Sekiranya seorang menitiskan air mata kerana kamu, itu bermakna kamu telah benar-benar mengguris hatinya!
  12. Seorang perempuan mungkin susah menitiskan air mata dihadapan kamu,ini kerana dia tidak mahu kamu tahu betapa hatinya terluka dengan perbuatan kamu..
  13. Perempuan paling benci pada janji yang tak ditepati! Kalau tidak pasti, tak perlulah memberi pengharapan kepada mereka.
  14. Pada hari-hari trtentu,dia mungkin akan selalu teringatkan kamu. Tambahan lagi di saat-saat dia melihat pasangan lain keluar bersama ketika kamu tiada disisinya!
  15. Jangan sesekali membiarkan dia dalam masa yang lama. Dia mungkin akan berasa tidak diperlukan lagi dalam hidupmu...

Memilih Pasangan Hidup

MEMILIH pasangan hidup adalah antara keputusan yang penting dalam menentukan hala tuju masa depan. Selepas hidup berdua, barulah kita tahu sama ada pasangan kita mampu membuat hidup bahagia atau sebaliknya. Setiap pasangan mengidamkan kebahagiaan. Anggapan perkahwinan bagaikan satu perjudian ada kalanya meletakkan individu dalam persimpangan, sama ada meneruskan kehidupan berdua atau memberi titik noktah. Namun, manusia tidak pernah serik untuk mencari keserasian. Bijak pandai ada berkata, perkahwinan adalah proses menyatukan dua hati berbeza dalam mencari keserasian untuk kehidupan indah berdua. Jika gagal dalam melayari bahtera berdua, ia bukan bermakna gagal selamanya. Jodoh dan ketentuan memang di tangan Tuhan, namun menjadi tanggungjawab manusia untuk berusaha mencari yang terbaik. Tidak kenal putus asa dalam mencari pasangan yang menepati ciri peribadi mulia menjadi impian setiap kita. Untuk itu, hapuskan perkataan putus asa dalam kamus diri supaya pencarian yang terbaik akan menemui hasilnya.

Petua mencari pasangan serasi:

- Orang mudah tertawan pada bakal pasangan yang mempunyai persamaan seperti politik, keagamaan serta sikap terhadap harta, wang dan hobi.
- Mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kucing, melancong atau ramai anak.
- Tindakan serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, angkat gelas atau berdiri.
- Tawan hati bakal pasangan dengan mempamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa, seperti sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci atau simpati.
- Dua insan mudah serasi jika mempunyai penafsiran yang sama mengenai hubungan seperti tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian atau pengorbanan.
- Kenal pasti ciri yang disukai bakal pasangan. Bentuk ciri yang disukai ini dalam diri dan pamerkan padanya.
- Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan akan tertarik jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamor.
- Pasangan akan tertawan jika anda dapat bantu mengukuhkan imej diri, rangsang semangat dan pupuk keyakinan dirinya.
- Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri.
- Pujian berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
- Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai.
- Kenal pasti keistimewaan bakal pasangan yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
- Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji, cari pujian yang asli untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialu-alukan dan dihargai.
- Beri penghargaan serta-merta kepada setiap pencapaian bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
- Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih serta bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
- Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan. Nyatakan anda suka kepadanya kerana keunikan itu dan ini akan membuatkan dia rasa istimewa.
- Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu tampan. Justeru, cari bakal pasangan yang sepadan dengan diri.
- Orang yang berasa dirinya bodoh sukar mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan tinggi menyerlahkan kecantikan.
- Wanita mudah tertawan pada lelaki yang budiman seperti bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
- Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar selain perbaiki perangai, peribadi dan kemahiran komunikasi. Di samping itu, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
- Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi dan bertimbang rasa.
- Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan di samping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing dan aktiviti kelelakian yang lain. Bertindak bijak tetapi ‘jangan terlalu bijak’.
- Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya mengenai perasaannya, aktiviti, kegemaran, kebencian atau sebarang perkara berkaitan emosi.
- Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri daripada bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
- Orang lelaki amat pantang apabila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
- Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
- Apabila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki.
- Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya punca dia marah, dengar dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif pada perasaannya.
- Jika lelaki marah, jangan sibuk hendak tanya punca kemarahannya. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
- Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus-terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak tersirat.

Saturday, July 11, 2009

Ku sangat berharap


Terkadang ku rasa amat lemah,
ku ingin buat itu,
Tapi betulkah?
Adakah ia kurang kena?
Ohh.. mungkin ku perlu ubah.
Setiap orang lain-lain ragamnya.
Ada suka bersukan,
Ada suka hiburan,
Ada suka mainan,
karakter mereka perlu ku kenal dulu,
kelak agak mudah masuk dengan mereka,
ku sangat berharap.

Ku percaya,
Kualiti itu mereka ada,
Usaha ku kurang agaknya,
Atau mungkin tidak kena gayanya.
Terima kasih sayang,
Atas nasihat itu,
Ku perlu kuatkan diriku dulu,
Untuk kuatkan yang lain,
Ku sangat berharap.

Ku belajar,
Ku belajar,
dan terus belajar.
insyaAllah.
moga islam tertegak di bumi,
maka akan tertegakya yang lain...

Ku sangat berharap...
Bantulah kami Ya Allah...


"Jika Allah mengetahui ada kebaika dalam
hatimu, nescaya Dia akan memberikan
kepadamu yang lebih baik dari apa yang
telah diambil daripadamu dan Dia akan
mengampuni kamu".
Dan Allah MahaPengampun lagi Maha Penyayang
(Al-Anfal-8:70)








I LOVE ISLAM

Allah dah sediakan manual (guideline) untuk kita,which is Al-quran untuk kita discover! Ayat Al-Quran yang sangat indah, macam2 ada dalam al-quran, cume kita saje, samada nak faham & amal ajaran2 y terkandung dlm al-quran. kalau nak difikirkan, perasan kah kita... dunia ini hanya sementara sangat2.. yang kekal hanyalah akhirat..rugikan kalau kita mensia2 kan umur2 kita dengan perkara2 y sia2 !

~menasihati diri sendiri~

Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu (Muhammad- 47:36)
Ya Allah, moga hati kita tidak sangkut
dengan dunia yang penuh manipulasi!!
tidak dia, mereka, atau sesiapa,
tetapi aku, kita dan kamu yang harus
manfaatkan masa!
Masa ibarat roda,
bergantung pada kita,
pada kita untuk memutarkannya ke arah
mana..
fikir2 kan dan selamat beramal!
wallahualam..

Thursday, July 9, 2009

aku, dia dan kamu


aku adalah aku,
dia adalah dia,
kamu adalah kamu.

dulu,
waktu aku lihat dia,
lihat cara pemakaiannya,
lihat cara pertuturannya,
lihat cara dia mengatur hidupnya,
ku tak fikir apa-apa.
ku rasa "biarlah dia.itu memang cara
hidupnya".
langsung tak terfikir untuk mengikut,
langsung tak terfikir untuk bertanya,
langsung tak terfikir untuk mendalami.
kerna ku rasa,
dia adalah dia,
dan semestinya,
aku adalah aku.

tapi kini,
tanpa disedari,
dengan izin Allah,
aku jadi seperti dia,
alhamdulillah.
ku ucap syukur.
baru ku tahu,
orang sepertinya punya matlamat sendiri.
mahukan aku dan yang lain jadi seperti
dia.
mungkin waktu itu aku kurang sedar,
dan kini aku sedar,
betapa aku perlu jadi seperti dia.
walau aku sangat hina,
tetapi ku gagahi jua,
aku ingin jadi seperti dia,
semata - mata keranaNya.

dan kamu?
juga perlu menjadi seperti aku dan dia.
bukan kehendakku atau kehendak dia,
tetapi kehendakNya.
aku ingin kamu jadi sepertiku.
walau aku sangat hina,
walau aku sangat kerdil disisinya,
walau ilmu tidak banyak mana..

tetapi..

aku ingin kamu faham apa yang aku
faham,
aku ingin kamu rasa apa yang aku
rasa,
aku ingin kamu tahu apa yang aku
tahu,
aku ingin kamu mengerti apa yang
aku mengerti..

aku sangat ingin..

sedih.
aku sedih kerana aku tidak berupaya
mengajak kamu.
aku sedih kerana aku tidak berjaya
bercerita dengan kamu.
aku sedih kalau aku tidak beritahu apa
yang aku tahu.

cuba.
aku cuba sedaya upayaku.
aku usaha semana aku mampu.

yakin.
aku yakin dengan ketentuanNya.
hidayahNya itu ada di mana - mana.
aku yakin hidayah itu akan singgah juga
dihati kamu..
aku yakin..

aku lama lagi akan bersama kamu,
insyaAllah,
dan aku,
aku hanya mampu berusaha..
namun DIA juga yang menentukannya.

Ya Allah, bantulah aku, dia dan kamu sama
mengenalMu Ya ALLAH!..

aku takut,
aku takut akan amanah ini..

betapa aku rasa perasaan dia,
bila aku berada di tempat dia.

moga aku, dia dan kamu mengerti..

aamiiin...

What is LOVE


Here is my opinion about LOVE


What is love? I always ask myself that question. Now here I'm writing my own opinion.
I think love is something very special. If you fall in love your mind is gone. You always think about the same think (girlfriend, boyfriend, feelings...). As I know, love is a very nice feeling. I already was in love. I never forget my first time.
In love you see everything different, you change yourself totally. For example when I was sitting on the desk and my mom asked me something, I was gone. You get more silent.
But there are also negative sites of love. You can get disappointed. For example when the person you love ignores you and don't shows you the feelings like you have. Some people cant deal with something like that and get little shocks (own experience). But I think that's a part of your life. Everybody gets shocks sometimes.
I hope you liked my little text about my own opinion of love. I would really appreciate it if you would write a part of your own opinion in the comments.

Tuesday, July 7, 2009

ADA APA DENGAN CINTA

Banyak sebenarnya. Estrogen, Testosterone, Phenylethylamine (PEA), Dopamine, Noradrenaline, Endorphins, Oxytocin dan Serotonin hanya sebahagian daripada kisah cinta ini. Interaksi bahan-bahan kimia semulajadi inilah yang menjadikan cinta seperti cinta yang kita kenali.

Lebih spesifik: Dopamine, Norepinephrine, dan Serotonin terhasil pada fasa mengurat dan terpikat. Oxytocin dan Vasopressin pula dikaitkan dengan hubungan jangka masa panjang. Apabila cinta dan kasih sayang sudah menebal. Bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata. Cinta. Cinta lahir dari mata tapi tidak terus ke hati. Cinta menyimpang ke jantung. Jantung menggetarkan ritma yang luar biasa, diterjemahkan di otak melalui sistem saraf autonomik. Terhasillah PEA (thanks to Klein Liebowitz), Dopamine dan Noradrenaline.

Kesemuanya dari salasilah yang sama dengan Amphetamine, juga dikenali sebagai Speed, sejenis dadah berbahaya. Kesannya? Hampir sama dengan Speed. Jantung rasa berdebar, lutut menggeletar. Air liur meleleh, tak dapat ketagih. Makan tak lalu, tidur tak lena. Hidup jadi serba tak kena. Hilang selera makan, peningkatan stamina (chatting berjam-jam tak letih punya...), perpeluhan, hyperactive, loya, gatal-gatal kulit (betullah istilah menggatal tu), peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi, pening.

Kesannya kepada psikologi pula: banyak cakap, peningkatan konsentrasi dan confident, peningkatan respon dan euphoria (tu yang tergelak sorang2 tu...), insomnia, decrease REM sleep (tu yang tidur tak lena). PEA juga membuatkan seseorang itu yakin, alert dan berani mencuba sesuatu yang baru, sebab itu la kita tengok orang mabuk asmara ni sanggup buat yang pelik-pelik; lari dari rumah, lompat pagar asrama, sanggup buat apa-apa saja untuk yang dikasihi. (konon...)

Tetapi, bila 'dibuang cinta', clash, putus cinta & kesannya amat parah. Otak serta-merta akan berhenti merembes PEA dan kesannya, sama dengan penagih Speed yang tak dapat stok; tak tentu arah, panik, bengong, boleh jadi gila. Tak mustahil medically. Cinta. Euphoria, gayat, ketagihan. Di luar kawalan. Di bawah sedar. Norepinephrine dan Dopamine sering dikaitkan dengan romantik. Mana taknya, ia merupakan desire molecule antara neurotransmitters. Dopamine yang terhasil di kala bercinta berhubungkait dengan penghasilan Oxytocin, sejenis hormon yang diperlukan oleh ibu-ibu yang menyusukan.

Oxytocin kadangkala digelar 'cuddle chemical'. Oxytocin dirembes dgn banyak ketika aktiviti-aktiviti aktif seperti urutan (sebab tu, urut-mengurut ni amat berbahaya bagi sesiapa yang tak nak jatuh cinta, hati-hati, cakar harimau amat baik untuk pasangan suami isteri...), aktiviti-aktiviti lasak dan aktif ketika dating juga adalah salah satu cara yang baik untuk mengurat; roller coaster ke, berlarian-larian, keliling pokok macam hindustan tu semua. Semua ini Oxytocin punya kerja. Oxytocin juga mengurangkan perasaan takut dan meningkatkan kepercayaan, itu kualiti penting dalam percintaan. Kajian juga menunjukkan Oxytocin melembapkan beberapa fungsi pembelajaran dan ingatan. Hmm... tapi masih boleh dipertikaikan, sebab ada yang lebih berjaya dalam akademik bila bercinta. Kalau tidak hati-hati, Oxytocin berlebihan akan menimbulkan masalah. Akibatnya? Bila masing-masing sudah berkehendak, mulut tidak lagi boleh berkata tidak. Tangan mula meraba, mengusap, membelai.

I love You, You love I. Maruah pun tergadai.

CINTA vs NAFSU

Kami hanya bercinta. Saya sayangkan sangat si dia, takkan saya nak rosakkan maruah dia. Aaahh!! Ini semua dongengan hikayat seribu satu malam. Kata hukamak: tidaklah sepasang lelaki dan perempuan yang saling berkasih melainkan matlamatnya hanya satu: SEKS. Tak nak percaya kata hukamak? Sebab kita lagi pandai dari mereka? Nah, ambik ilmu sains. Stimulus berupa kehadiran orang yang disayangi, ke atas pasangan lain jantina yang normal kesihatannya, akan merangsang pusat kawalan seksual dalam otak.

Arnab betina hanya akan bertelur (ovulasi) dan menjadi aktif untuk membiak dengan kehadiran seekor arnab jantan yang menarik minatnya. Itu arnab, tapi manusia, taklah sampai begitu. Cuma apabila kita bercinta, libido amat tinggi, hinggakan setiap rangsangan dan hubungan (dengar suara pun jadi, zaman moden ni, baca SMS, message YM pun jadi) menimbulkan Erotik. Tak percaya? Bukak kamus Greek, tengok EROS maksud LOVE. So, takkan takde kaitan?
Tak percaya jugak? Belajar Medic, tak percaya? Susah nak cakap dah. ,,Saya sayangkan sangat dia, saya peluk dia, tak terangsang pun nafsu saya &,, awas!!! Sila berjumpa dengan Dr. Ismail Thambi. Anda mungkin mempunyai masalah. Wanita pun sama, cuma pakar ramai sangat, jumpa lah mana-mana pakar sakit puan. Atau jumpa mana-mana pakar Psychiatry, mungkin boleh membantu.

PEA, Dopamine dan Noradrenaline tidak kekal lama. Kesannya hanya antara 12-18 bulan. Cinta kemudian beralih ke tahap lebih mendalam. Otak, yang sudah lali dengan semua ini, menghasilkan Endorphins, sekumpulan bahan kimia semulajadi berstruktur seakan morfin, satu lagi dadah berbahaya. Seperti morfin, Endorphins mempunyai kesan penahan sakit. (lantas, ambillah kapak belahlah dada. No hal punya!)

Sebab itu para mujahid di medan perang (perasaan terlalu teruja dan semangat sebagai contoh berjihad, menghasilkan endorphin dengan banyaknya) tidak peduli akan luka dan cedera. Kita pernah dengar kisah Jaafar At-Tayyar dalam perang Mu'tah. Endorphins juga bertindak sebagai penstabil mood yang jauh lebih tinggi kesan ketagihannya berbanding PEA. Endorphins dirembes dengan banyak ketika disentuh (sapa kata pegang-pegang tangan tu biasa??? Amat berbahaya!!), melihat pemandangan menyedapkan seperti senyuman (senyuman membunuh) atau selepas berfikir positif.

Cinta. Siang terbayang, malam termimpi. Gambar ditatap, bantal didakap. Sehari tidak bertemu dirasa sebulan, sebulan bagaikan setahun. Tapi kalau sudah bertahun-tahun asyik melihat, hati mula rasa meluat. Kesan Endorphins mula hilang, purata hanya bertahan 4 bulan hingga 4 tahun. Dulunya rindu bukan main. Sekarang mula mencari yang lain.

Serotonin. Kesan serotonin kepada seorang insan yang sedang bercinta adalah sama seperti kesannya dalam obsessive-compulsive disorder. Sebab itulah mereka ini tidak boleh memikirkan orang lain. Di mataku, di hatiku hanyalah dirimu.

Atas fakta ini jugalah, ramai berpendapat pesakit yang mengambil SSRI dan ubat-ubat antidepressant yang lain kurang mampu untuk jatuh cinta. Hmmm kesian. Lelaki yang lebih bijak dan teliti, mencari masa yang sesuai untuk membuatkan usahanya lebih berkesan semulajadi, secara fisiologi. Kiraan bulan gadis yang ingin dipikat boleh menjadi amat berguna. Persky dan kawan-kawannya dalam kajian mereka mendapati wanita menunjukkan perasaan dan pergantungan kepada cinta dan rasa ingin disayangi lebih kuat pada waktu sekitar pengovulasian.

Kajian terkini mendapati LH-RF sejenis hormon yang dirembes untuk merangsang LH seterusnya merangsang pengovulasian, berfungsi seperti dopamine dan serotonin dalam hubungan lelaki dan wanita ini. Ya, mungkin sukar untuk mengira dengan tepat kitaran bulan, tetapi kesan estrogen dalam badan wanita mungkin boleh diperhatikan. Perincian? Aah, sukar dan memakan masa. Ini zaman pantas, semuanya segera.

Vasopressin. Vasopressin berlebihan menjadikan manusia agresif dan cemburu keterlaluan. Sebaliknya, kekurangan hormon ini menjadikan manusia mata keranjang. Yang satu mahukan dua. Yang dua mahukan tiga. Yang tiga mahukan empat. Yang empat mahu semua.

....and they lived happily ever after. Separately.

KISAH CINTA ALIRAN SAINS

Dialog cinta budak aliran sains. . .

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.

Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.

Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........"

Monday, July 6, 2009

Jangan Lepaskan Ilmu


Baru-baru ini saya terbaca sebuah novel cinta oh! laporan kajian yang menyatakan secara puratanya usahawan atau peniaga di negara Malaysia membaca sebuah buku sahaja setiap tahun.Itupun 90 peratus daripadanya tidak mampu menghabiskan pembacaan mereka melepasi 2 bab yang pertama.Senang cakap,kebanyakan peniaga kita tidak berminat atau malas membaca !
Bukan itu sahaja masalahnya,malah kajian ini juga mendapati kurang daripada 15 peratus daripada peniaga kita yang menyedari kepentingan meningkatkan pengetahuan rumah tangga dan kemahiran diri dengan menyertai program latihan pembangunan,seminar ataupun bengkel perkahwinan perniagaan.
Sebenarnya,banyak perkara baru yang boleh dipelajari daripada pembacaan.Namun,proses pembelajaran ini tidak semestinya dalam bentuk formal sahaja.Jika anda rajin memerhati,berminat mengkaji dan komited mempelajari perkara-perkara baru… apa sahaja acara majlis perkahwinan yang anda sertai,mana-mana individu yang anda temui dan apa pun situasinya mampu menjadi guru yang terbaik.Oh ya,bertanya juga merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.

Sesungguhnya menuntut ilmu amatlah digalakkan dan jika boleh,biarlah ianya berterusan.Banyak cara ilmu dapat diperolehi,yang penting kita jangan sekali-kali jemu mencari ilmu.
Selamat bergembira dalam menuntut ilmu,

A special world for you and me


A special world for you and me
A special bond one cannot see
It wraps us up in its cocoon
And holds us fiercely in its womb.
Its fingers spread like fine spun gold
Gently nestling us to the fold
Like silken thread it holds us fast
Bonds like this are meant to last.
And though at times a thread may break
A new one forms in its wake
To bind us closer and keep us strong
In a special world, where we belong.
If I could have just one wish,
I would wish to wake up everyday
to the sound of your breath on my neck,
the warmth of your lips on my cheek,
the touch of your fingers on my skin,
and the feel of your heart beating with mine...
Knowing that I could never find that feeling
with anyone other than you.


A stranger you were once.
Then, with a gentle look you took my hand.
As our lives engaged,
you lit my life and I held both your hands.
Now that decades have passed,
ours souls have indeed become one.
How fortunate we are
that we have found the love so true
that everyone dreams about.


Your lips speak soft sweetness
Your touch a cool caress
I am lost in your magic
My heart beats within your chest
I think of you each morning
And dream of you each night
I think of your arms being around me
And cannot express my delight
Never have I fallen
But I am quickly on my way
You hold a heart in your hands
That has never before been given away

Friday, July 3, 2009

sekadar berpesan kepada diri sendiri

Pada suatu hari, Rabiatul Adawiyah membawa air di sebelah tangannya dan api di sebelah lagi tangannya.Orang yang melihatnya pun bertanya , “Engkau mahu ke mana ya rabiah?” dan Rabiah menjawab “ Saya mahu ke langit untuk membakar syurga dan memadamkan api neraka, supaya kedua-duanya tidak menjadi sebab menyembah bagi manusia”.

aku terdiam seketika merenung kata-kata diatas...
hatiku sebagai seorang hamba Allah yg sememangnya daif dari
pelbagai aspek kini tersentak..
hal ini membuatkan aku terus bermonolog sendirian..

"ika,sebagai seorang hamba layakkah kita meminta itu dan ini walaupun Allah tetap memberi kerana sifatnya yang Maha Pemurah??"

sesungguhnya kita sering meminta itu dan ini tetapi kita sering lupa diri apabila permintaan kita itu dituruti...

bertapa hipokritnya diriku ini....
merintih hingga menitis air mata ketika inginkan sesuatu dan ketika
ditimpa musibah...
namun angkuh tika diri ini diulit kesenangan...

"ika,kamu hanya sembah Allah kerna hajatkan sesuatu??"
"ika,kamu hanya sembah Allah kerna takutkan neraka n inginkan
syurga??"
so kalau syurga or neraka itu tidak wujud...kamu akan sembah
Allah??
kalau Allah tak tunaikan hajat kamu...kamu still akan sembah Allah??

ika...sedarlah...insaflah..malulah kepada kekasih-kekasih Allah
yang ikhlas dalam menyembah Allah. Cinta secara total. Mereka
menyembah Allah tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Mereka
menymbah Allah kerna zat-zat Allah dan nikmat yang
telah diberinya...masyaAllah..

ika..
segera betulkan niatmu jika kamu benar-benar ingin syahid di jalan
Allah...
sesungguhnya tarbiyahmu belum cukup...
proses tarbiyah itu cukup luas...cuba selaminya...
bertegaslah dgn dirimu...
tarbiyah bukn utk org manja...

sekadar berpesan kepada diri sendiri...

sekian.