Thursday, June 25, 2009

aku sedar....

aku sedar...

sedang aku termenung..
aku mendengar suara..
suara yg amat merdu..
lalu aku tersedar dari lamunan aku..

dibenakku bertanya..
dari mana datangnya suara itu..
aku bangun..
aku mencari-cari..

di pertengahan jalan..
ketika sedang mencari arah suara itu..
aku melihat pelbagai gelagat manusia..
betapa hina dan jijiknya aku rasa..

dunia menjadi begitu ironi..
dunia ciptaan tuhan..
namun manusia yg berlagak jadi tuhan..
bongkak,takbur,menjadi sebahagian dari diri..


aku masih meneruskan langkahku..
di tengah-tengah lautan manusia..
manusia yg sedang sibuk mencari harta..
lagaknya seperti aku seorang yg mendengar suara itu..


suara itu kian jelas..
aku mempercepatkan langkahku..
walaupun kakiku berasa sakit..
aku tetap meneruskan perjalananku..

akhirnya aku jumpa arah suara itu..
aku lihat tempat itu begitu indah..
sungguh!! betapa ia indah di mataku..
aku terduduk lalu sujud ke tanah..

baru aku sedar selama ini aku lupa..
aku menjadi manusia yg lalai..
lupa akan tanggungjawabku di dunia..
lalu aku bangun dari sujudku dan memasuki taman allah..

p/s: nukilan 2k kesedaran kita bersama

No comments:

Post a Comment